IKLAN WELCOME

Selasa, 22 September 2009

SALAM LEBARAN







SUASANA HARI RAYA SUNGGUH MERIAH DI SAMBUT DENGAN PENUH KERIANGAN SEMUA WARGA PKRJK PERAK MAAF DI PINTA JIKA ADA SILAP DAN SALAH HARAP DIMAAFKAN...KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN



Isnin, 14 September 2009

HARI KELUARGA PKRJK 2009

HARI KELUARGA PKRJK 2009
Dengan hormat takzimnya menjemput semua Ahli PKRJK , ke Hari Keluarga PKRJK 2009 yang akan diadakan seperti mana berikut:-

Tarikh : 16-17 Oktober 2009
Tempat : Institut Integriti Negeri Terengganu Di Kem Bari, Setiu, Terengganu
Check in : 3.00 petang 16 Oktober
Check out : 3.00 petang 17 oktober

Aktiviti : Majlis Ramah mesra, Santapan Malam ala Barbeque, Kuliah Subuh,Senamrobik, Sukaneka,Majlis Dailog, Santapan Tengahari (gulai kawah)

Penginapan : Pihak Penganjur tidak menanggung kos penginapan, namun begitu bersedia menguruskan tempahan bilik/chalet untuk ahli-ahli, sila buat tempahan awal.

Peringatan : untuk semua ahli sila maklumkan kesediaan hadir, berserta bilangan kehadiran dan tempahan bilik selewat-lewatnya 10 Oktober 2009.

Keterangan lanjut :
Hubungi : SU Agong - 019 - 9197940 (YM Tengku NorHamzah)
Pengerusi JK Perhubungan Terengganu - 013-9842886
(YM Nik Mohd Shahril Irwan)

Jumaat, 11 September 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN & HEBAHAN

NOTIS PEMBERITAHUAN & HEBAHAN

Kepada, Tarikh: 8 September 2009
Semua Ahli / Kerabat Raja Jembal Negeri Perak,



Per : Cadangan Aktiviti Penerangan & Riadah Perhubungan PKRJK Perak

Salam hormat, Patik dengan sukacitanya ingin membuat hebahan kepada semua AJK, Ahli dan kerabat Raja Jembal di Negeri Perak bahawa satu cadangan telah dikemukakan dalam Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak baru-baru ini berkenaan dengan Program Penerangan & Riadah Kerabat PKRJK Perak. Mesyuarat telah memutuskan bahawa program tersebut akan diadakan seperti yang tertera dibawah;

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Pantai Teluk Senangin, Teluk Senangin, Perak
Masa : 10.00 pagi ~ 5.00 ptg (tertakluk kepada perubahan)

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli kerabat beramah mesra demi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, disamping menyampaikan maklumat terkini tentang perjalanan Perhubungan PKRJK Perak yang ditubuhkan semenjak 2007. Disamping itu, diharap ahli-ahli berpeluang untuk mendekatkan diri dengan kerabat yang jauh agar setiap aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan dapat disertai oleh semua ahli.

Sehubungan dengan itu, pihak Ahli Jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YM Raja/ Nik/ Tuan/ En. sekeluarga untuk turut serta memeriahkan program tersebut. Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menjayakan program ini demi penyatuan yang utuh dikalangan kita untuk masa hadapan. Pihak AJK amat berharap agar semua maklum balas disampaikan secepat mungkin bagi memudahkan perancangan. Perbincangan ringkas akan diadakan dari semasa ke semasa bermula pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Ahli kerabat dialu-alukan untuk turut serta memberi idea dan pandangan bagi menjayakan program ini. Sebarang maklumbalas dan idea boleh dihantar kepada AJK yang disenaraikan dibawah.

Nama AJK No Telefon
YM Tuan Ajelan Bin Tuan Abdullah (Ipoh) 019-547 5775
YM Nik Norazman Bin Ghazali (Taiping) 013-528 6388
YM Nik Ahmad Munir Bin Nik Ismail (T. Intan/Bidor) 016-445 5715
YM En. Pirdaus Bin Hama (S/U Perhub. Perak) 017-503 5055

Bagi memastikan program ini dijalankan tanpa kelemahan dari segi kewangan, AJK dengan rendah diri ingin memohon sedikit sumbangan dari semua ahli. Jumlah sumbangan ini akan diputuskan dalam perbincangan-perbincangan AJK yang akan datang. Diharap kita dapat mengumpulkan dana yang cukup selagi tidak membebankan semua ahli.

Sekian, harap maklum dan terima kasih. Kerabat Bersatu Teguh. Patik mewakili semua AJK Perhubungan mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas dari,


SHAHILI BIN HASSAN
b/p Ahli Jawatankuasa Kerja, Perhubungan PKRJK Perak