IKLAN WELCOME

Isnin, 30 November 2009

29 NOVEMBER 2009 (12 ZULHIJJAH 1430)

n


JEMPUTAN DARIPADA PKRJK KEDAH KEMAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA EIDUL ADHA PKRJK KEDAH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG TEROI YAN,KEDAH
TURUT HADIR BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG PKRJK PUSAT KELANTAN (YM TG MOHD NOR HAMZAH),
PENGERUSI PERHUBUNGAN KEDAH (YM Raja Hj Md Rejab Bin Nik Mat)
PENGERUSI PERHUBUNGAN PERAK (YM Raja Noor Bashah Raja Mansor)

Alhamdulillah majlis ini dimulakan pada pukul 2.30 petang, terima kasih kepada semua warga pkrjk perhubungan kedah kerana telah menyambut kami daripada perak hubungan seperti inilah yang patut eratkan supaya hubungan akan berkekalan dan berkembang diseluruh pelusuk malaysia. Dalam ucapan ym tengku hamzah bahawa rombongan daripada kelantan tidak dapat menghadirkan diri di saat akhirnya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. selain itu juga ym tengku hamzah menyentuh tentang penubuhan wisma pkrjk dalam usaha untuk mewujudkannya dengan kerjasama semua warga pkrjk seluruh malaysia.




Sabtu, 28 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Daripada patik sekeluarga

29.11.09

SMS Dari C BOX S/U Perhubungan Kedah: Untuk makluman Kaum Kerabat, dimaklumkan bahawa isteri kepada YM Raja Othman Bin Raja Mahmud telah kembali keramatullah pada petang ini. al-Fatihah

29.11.09

S/U Perhubungan Kedah: Untuk makluman Kaum Kerabat, dimaklumkan bahawa isteri kepada YM Raja Othman Bin Raja Mahmud telah kembali keramatullah pada petang ini. al-Fatihah



Isnin, 26 Oktober 2009

TAHNIAH PKRJK TERENGGANU

PERJUMPAAN AGONG PKRJK DI TERENGGANU

Sumber : Sinar Terengganu

500 waris kerabat Raja Jembal berkumpul
BANDAR PERMAISURI - Perhimpunan Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan(PKRJK) kali ini memberi makna kepada pertubuhan tersebut apabila lebih 500 waris ke-luarga terbabit hadir di Kem Sri Bari, di sini.

Selain menyambut hari bermakna, perhimpunan dua hari yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Asha’ari Idris itu turut diselitkan dengan acara malam mesra kaum kerabat dan sukaneka.

Yang Dipertua PKRJK, Nik Yusof Nik Mohamad berkata, tujuan per-himpunan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan mengenali keturunan keluarga Raja Jembal Kelantan yang dipercayai mencecah lebih 1,600 orang di seluruh Malaysia.

“Hasrat untuk mengumpul waris keluarga ini dirancang sejak 2007 dan pada perhimpunan kali kedua ini kami berjaya mempertemukan 500 waris kerabat Raja Jembal yang berada di seluruh pelosok tanah air.

“Bagi kami, perhimpunan ini adalah penting kerana ia menjadi platform penyatuan semua waris dari seluruh Malaysia yang sudah terpisah selepas berkeluarga dan berhijrah ke negeri lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kem Sri Bari.

Nik Yusof berkata, me-lalui aktiviti dan perhimpunan itu, hubungan kekeluargaan juga akan menjadi semakin jelas dan memu-dahkan usaha persatuan menjejaki ahli-ahli baru, terutama yang berada di Terengganu.

“Kami juga berharap kepada ahli baru dan mana-mana penyelidik yang berminat membuat kajian salasilah keturunan kerabat Raja Jembal boleh menghubungi persatuan dengan mendapat maklumat lanjut mengenainya di talian 012-9888914,” katanya

Isnin, 19 Oktober 2009

19 Okt 2009

KeMajlis, Tarikh: 19hb Oktober 2009
Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak
Per : Notis Penangguhan Program Riadah Di Teluk Senangin

Salam hormat, Patik dengan dukacitanya ingin membuat hebahan kepada semua AJK, Ahli dan kerabat Raja Jembal di Negeri Perak bahawa Program Penerangan & Riadah Kerabat PKRJK Perak pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) ditangguhkan disebabkan sambutan kurang merangsangkan dari semua ahli.

2. Oleh sebab itu,Patik berharap agar semua YM AJK dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Selain itu, tarikh program tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat AJK akan datang.

Sekian, terima kasih.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Patik yang menjalankan tugas,


______________
Pirdaus Bin Hama
Setiausaha Perhubungan PKRJK Negeri Perak

Isnin, 12 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGONG PKRJK

PERHIMPUNAN AGONG PKRJK

TAHUN 2009 PADA 16/17 OKT 2009

DI KEM SERI BARI

INSTITUT INTEGRITI NEGERI TERENGGANU

DARUL IMAN

SEMUA WARGA PKRJK SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR UNTUK MERIAHKAN LAGI SAMBUTAN INI

KERABAT BERSATU TEGUH


SU PERAK


Ahad, 4 Oktober 2009

Mesyuarat PKRJK Perhimpunan Agong Ke-2

Mesyuarat kordinasi PKRJK Ke-2 dan akhir bagi program perhimpunan agong 2009 Bertempat di KEM SRI BARI RHU SEPULUH. pada Jumaat 9 Okt 2009 jam 3.00 ptg. Semua AJK disarankan hadir bersama.Dijemput semua pegawai dari negeri perak.

* Maklumat SU Perak tidak dapat hadir kerana masalah tidak dapat dielakkan sedang bercuti balik kampung di Sabah. Maklumat tentang mesyuarat telah diedarkan kepada AJK dan Ahli melalui sms.

Selasa, 22 September 2009

SALAM LEBARAN







SUASANA HARI RAYA SUNGGUH MERIAH DI SAMBUT DENGAN PENUH KERIANGAN SEMUA WARGA PKRJK PERAK MAAF DI PINTA JIKA ADA SILAP DAN SALAH HARAP DIMAAFKAN...KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN



Isnin, 14 September 2009

HARI KELUARGA PKRJK 2009

HARI KELUARGA PKRJK 2009
Dengan hormat takzimnya menjemput semua Ahli PKRJK , ke Hari Keluarga PKRJK 2009 yang akan diadakan seperti mana berikut:-

Tarikh : 16-17 Oktober 2009
Tempat : Institut Integriti Negeri Terengganu Di Kem Bari, Setiu, Terengganu
Check in : 3.00 petang 16 Oktober
Check out : 3.00 petang 17 oktober

Aktiviti : Majlis Ramah mesra, Santapan Malam ala Barbeque, Kuliah Subuh,Senamrobik, Sukaneka,Majlis Dailog, Santapan Tengahari (gulai kawah)

Penginapan : Pihak Penganjur tidak menanggung kos penginapan, namun begitu bersedia menguruskan tempahan bilik/chalet untuk ahli-ahli, sila buat tempahan awal.

Peringatan : untuk semua ahli sila maklumkan kesediaan hadir, berserta bilangan kehadiran dan tempahan bilik selewat-lewatnya 10 Oktober 2009.

Keterangan lanjut :
Hubungi : SU Agong - 019 - 9197940 (YM Tengku NorHamzah)
Pengerusi JK Perhubungan Terengganu - 013-9842886
(YM Nik Mohd Shahril Irwan)

Jumaat, 11 September 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN & HEBAHAN

NOTIS PEMBERITAHUAN & HEBAHAN

Kepada, Tarikh: 8 September 2009
Semua Ahli / Kerabat Raja Jembal Negeri Perak,



Per : Cadangan Aktiviti Penerangan & Riadah Perhubungan PKRJK Perak

Salam hormat, Patik dengan sukacitanya ingin membuat hebahan kepada semua AJK, Ahli dan kerabat Raja Jembal di Negeri Perak bahawa satu cadangan telah dikemukakan dalam Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak baru-baru ini berkenaan dengan Program Penerangan & Riadah Kerabat PKRJK Perak. Mesyuarat telah memutuskan bahawa program tersebut akan diadakan seperti yang tertera dibawah;

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Pantai Teluk Senangin, Teluk Senangin, Perak
Masa : 10.00 pagi ~ 5.00 ptg (tertakluk kepada perubahan)

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli kerabat beramah mesra demi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, disamping menyampaikan maklumat terkini tentang perjalanan Perhubungan PKRJK Perak yang ditubuhkan semenjak 2007. Disamping itu, diharap ahli-ahli berpeluang untuk mendekatkan diri dengan kerabat yang jauh agar setiap aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan dapat disertai oleh semua ahli.

Sehubungan dengan itu, pihak Ahli Jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YM Raja/ Nik/ Tuan/ En. sekeluarga untuk turut serta memeriahkan program tersebut. Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menjayakan program ini demi penyatuan yang utuh dikalangan kita untuk masa hadapan. Pihak AJK amat berharap agar semua maklum balas disampaikan secepat mungkin bagi memudahkan perancangan. Perbincangan ringkas akan diadakan dari semasa ke semasa bermula pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Ahli kerabat dialu-alukan untuk turut serta memberi idea dan pandangan bagi menjayakan program ini. Sebarang maklumbalas dan idea boleh dihantar kepada AJK yang disenaraikan dibawah.

Nama AJK No Telefon
YM Tuan Ajelan Bin Tuan Abdullah (Ipoh) 019-547 5775
YM Nik Norazman Bin Ghazali (Taiping) 013-528 6388
YM Nik Ahmad Munir Bin Nik Ismail (T. Intan/Bidor) 016-445 5715
YM En. Pirdaus Bin Hama (S/U Perhub. Perak) 017-503 5055

Bagi memastikan program ini dijalankan tanpa kelemahan dari segi kewangan, AJK dengan rendah diri ingin memohon sedikit sumbangan dari semua ahli. Jumlah sumbangan ini akan diputuskan dalam perbincangan-perbincangan AJK yang akan datang. Diharap kita dapat mengumpulkan dana yang cukup selagi tidak membebankan semua ahli.

Sekian, harap maklum dan terima kasih. Kerabat Bersatu Teguh. Patik mewakili semua AJK Perhubungan mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas dari,


SHAHILI BIN HASSAN
b/p Ahli Jawatankuasa Kerja, Perhubungan PKRJK Perak

Ahad, 30 Ogos 2009

29.08.20009 (LAKSAMANA CHENG HO)MESYUARAT PKRJK KE - III 2009 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA






BISSMILAHIRAHMANIRAHIM

ALHAMDULILLAH SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH SWT DGN LIMPAH KURNIANYA DAPATLAH KAMI BERMESYUARAT WALAUPUN DENGAN KEHADIRAN AJK YANG TIDAK RAMAI 11 ORANG AJK HADIR DAN 8 ORNG LAGI TIDAK DAPAT HADIR.
TEMPAT YANG AMAT SELESA IAITU DI RESTORAN LAKSAMANA CHENG HO YANGMESYUARAT KALI INI MEMBINCANGKAN AGENDA-AGENDA PERLU DILAKSANAKAN DLAM TAHUN INI. SEPERTI AKTIVITI SAMAADA PUSAT ATAUPUN SENDIRI....MESYUARAT DI MULAKAN PADA PUKUL 4.00 PTG DAN SEHINGGALAH 8.40 PM. SEBENARNYA SECARA PERIBADI MESYUARAT INI LEBIH KEPADA MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KELUARGA YANG ADA KAITAN DENGAN PKRJK KERANA MENGERATKAN SILATURAHIM ITULAH YANG MENJADI KEUTAMAAN KITA WALAUPUN BERMULA DENGAN PELBAGAI REAKSI YANG SEMANGAT TAPI SELEPAS ITU SAMBUTAN DINGIN TETAPI ITU BUKAN MENJADI KELEMAHAN BAGI KAMI YANG INGIN MENERUSKAN AKTIVITI INI KERANA SEBENARNYA KELEBIHAN BOLEH DIPELAJARI DARIPADA APA YANG TELAH TERJADI.
DAN KAMI YANG TELAH DILANTIK MENJADI AJK SEPAKAT DENGAN MUASABAH DIRI DENGAN SAMBUTAN DINGIN DARIPADA SEMUA AHLI ATAUPUN AJK SUPAYA BOLEH DUDUK SEKALI MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TELAH TIMBUL DAN MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN BERSAMA-SAMA. WASSALAM SU PKRJK PERAK

Khamis, 27 Ogos 2009

Per : Notis Mesyuarat Ketiga Perhubungan PKRJK Perak 2009

Tarikh : Sabtu 29 Ogos 2009 (bersamaan 6hb Ramadhan 14

Masa : 4.00 petang

Tempat : RestoranLaksamanaChengHo
No.137,JlnSultanAbdulJalil
Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Selasa, 18 Ogos 2009

Per : Notis Mesyuarat Ketiga Perhubungan PKRJK Perak 2009


TARIKH : 29 HB OGOS 2009
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN PENGERUSI

Khamis, 6 Ogos 2009

MESYUARAT PKRJK KALI KE II 2009


Assalamuaikum ww

Minit Mesyuarat Ke II Perhubungan PKRJK Perak 2009

Mesyuarat Ke II Perhubungan PKRJK Negeri Perak telah diadakan sepertimana yang tertera dibawah;

Tarikh : 3hb Ogos 2009 (Sabtu)/ 12 Syaaban 1430 H
Masa Bermula : 8.00 malam
Tempat : 206 RPT Kampung Tawas Tambahan,
30010 Ipoh, Perak. (kediaman YM Pengerusi Perhubungan)
Kehadiran : 13 Orang AJK (termasuk 2 orang AJK baru)