IKLAN WELCOME

Isnin, 26 Oktober 2009

TAHNIAH PKRJK TERENGGANU

PERJUMPAAN AGONG PKRJK DI TERENGGANU

Sumber : Sinar Terengganu

500 waris kerabat Raja Jembal berkumpul
BANDAR PERMAISURI - Perhimpunan Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan(PKRJK) kali ini memberi makna kepada pertubuhan tersebut apabila lebih 500 waris ke-luarga terbabit hadir di Kem Sri Bari, di sini.

Selain menyambut hari bermakna, perhimpunan dua hari yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Asha’ari Idris itu turut diselitkan dengan acara malam mesra kaum kerabat dan sukaneka.

Yang Dipertua PKRJK, Nik Yusof Nik Mohamad berkata, tujuan per-himpunan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan mengenali keturunan keluarga Raja Jembal Kelantan yang dipercayai mencecah lebih 1,600 orang di seluruh Malaysia.

“Hasrat untuk mengumpul waris keluarga ini dirancang sejak 2007 dan pada perhimpunan kali kedua ini kami berjaya mempertemukan 500 waris kerabat Raja Jembal yang berada di seluruh pelosok tanah air.

“Bagi kami, perhimpunan ini adalah penting kerana ia menjadi platform penyatuan semua waris dari seluruh Malaysia yang sudah terpisah selepas berkeluarga dan berhijrah ke negeri lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kem Sri Bari.

Nik Yusof berkata, me-lalui aktiviti dan perhimpunan itu, hubungan kekeluargaan juga akan menjadi semakin jelas dan memu-dahkan usaha persatuan menjejaki ahli-ahli baru, terutama yang berada di Terengganu.

“Kami juga berharap kepada ahli baru dan mana-mana penyelidik yang berminat membuat kajian salasilah keturunan kerabat Raja Jembal boleh menghubungi persatuan dengan mendapat maklumat lanjut mengenainya di talian 012-9888914,” katanya

Isnin, 19 Oktober 2009

19 Okt 2009

KeMajlis, Tarikh: 19hb Oktober 2009
Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak
Per : Notis Penangguhan Program Riadah Di Teluk Senangin

Salam hormat, Patik dengan dukacitanya ingin membuat hebahan kepada semua AJK, Ahli dan kerabat Raja Jembal di Negeri Perak bahawa Program Penerangan & Riadah Kerabat PKRJK Perak pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) ditangguhkan disebabkan sambutan kurang merangsangkan dari semua ahli.

2. Oleh sebab itu,Patik berharap agar semua YM AJK dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Selain itu, tarikh program tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat AJK akan datang.

Sekian, terima kasih.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Patik yang menjalankan tugas,


______________
Pirdaus Bin Hama
Setiausaha Perhubungan PKRJK Negeri Perak

Isnin, 12 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGONG PKRJK

PERHIMPUNAN AGONG PKRJK

TAHUN 2009 PADA 16/17 OKT 2009

DI KEM SERI BARI

INSTITUT INTEGRITI NEGERI TERENGGANU

DARUL IMAN

SEMUA WARGA PKRJK SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR UNTUK MERIAHKAN LAGI SAMBUTAN INI

KERABAT BERSATU TEGUH


SU PERAK


Ahad, 4 Oktober 2009

Mesyuarat PKRJK Perhimpunan Agong Ke-2

Mesyuarat kordinasi PKRJK Ke-2 dan akhir bagi program perhimpunan agong 2009 Bertempat di KEM SRI BARI RHU SEPULUH. pada Jumaat 9 Okt 2009 jam 3.00 ptg. Semua AJK disarankan hadir bersama.Dijemput semua pegawai dari negeri perak.

* Maklumat SU Perak tidak dapat hadir kerana masalah tidak dapat dielakkan sedang bercuti balik kampung di Sabah. Maklumat tentang mesyuarat telah diedarkan kepada AJK dan Ahli melalui sms.