IKLAN WELCOME

Ahad, 18 Julai 2010

MESYUARAT PKRJK KALI KE-2 PEG.PENGUATKUASA 10.07.10






Kalau kamu tidak mematuhi perintah), maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
(Surah 47 Muhammad:Ay...at 22
Ayat di atas berkaitan orang yg tidak mahu berjihad (berperang) di jalan Allah.Dan akan kembali kepada kehidupan lama (Jahiliah) dgn kemungkaran dan memutuskan silaturrahim.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Bakrah RA,ia berkata, Rasulallah SAW bersabda:”Tidak ada satu dosa yg layak untuk disegerakan hukumannya oleh Allah didunia,disamping hukuman yg disiapkan untuk pelakunya diakhirat ,kecuali kezaliman dan memutuskan silaturrahim”.
(Ahmad V/38).
... Lihat seterusnya..
Diriwayatkan juga oleh Tarmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah.At TArmizi berkata Hadis Sohih.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Tsuban RA ,dari Rasulallah SAW bersabda:” Sesiapa yang ingin ajalnya dipanjangkan dan rezekinya ditambah, maka sambungkanlah tali silaturrahim.”
(Ahmad V/279,Bohari no 5986,Muslim no 2557)
[Tafsir Ibn Katsir :Jld 8:MS 369].