IKLAN WELCOME

Isnin, 26 Oktober 2009

TAHNIAH PKRJK TERENGGANU

PERJUMPAAN AGONG PKRJK DI TERENGGANU

Sumber : Sinar Terengganu

500 waris kerabat Raja Jembal berkumpul
BANDAR PERMAISURI - Perhimpunan Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan(PKRJK) kali ini memberi makna kepada pertubuhan tersebut apabila lebih 500 waris ke-luarga terbabit hadir di Kem Sri Bari, di sini.

Selain menyambut hari bermakna, perhimpunan dua hari yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Asha’ari Idris itu turut diselitkan dengan acara malam mesra kaum kerabat dan sukaneka.

Yang Dipertua PKRJK, Nik Yusof Nik Mohamad berkata, tujuan per-himpunan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan mengenali keturunan keluarga Raja Jembal Kelantan yang dipercayai mencecah lebih 1,600 orang di seluruh Malaysia.

“Hasrat untuk mengumpul waris keluarga ini dirancang sejak 2007 dan pada perhimpunan kali kedua ini kami berjaya mempertemukan 500 waris kerabat Raja Jembal yang berada di seluruh pelosok tanah air.

“Bagi kami, perhimpunan ini adalah penting kerana ia menjadi platform penyatuan semua waris dari seluruh Malaysia yang sudah terpisah selepas berkeluarga dan berhijrah ke negeri lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kem Sri Bari.

Nik Yusof berkata, me-lalui aktiviti dan perhimpunan itu, hubungan kekeluargaan juga akan menjadi semakin jelas dan memu-dahkan usaha persatuan menjejaki ahli-ahli baru, terutama yang berada di Terengganu.

“Kami juga berharap kepada ahli baru dan mana-mana penyelidik yang berminat membuat kajian salasilah keturunan kerabat Raja Jembal boleh menghubungi persatuan dengan mendapat maklumat lanjut mengenainya di talian 012-9888914,” katanya