IKLAN WELCOME

Memaparkan catatan dengan label LAWATAN MUHIBBAH DI SITIAWAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAWATAN MUHIBBAH DI SITIAWAN. Papar semua catatan

Ahad, 4 April 2010

PROGRAM LAWATAN MAHABBAH PKRJK PUSAT

Maksudnya Firman Allah SWT:Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Bergambar bersama Kaum Kerabat PKRJK PUSAT,PERAK,TERENGGANU
daripada ayat surah az zilzal ayat7 dan 8 menerangkan setiap amal perbuatan yang baik kita buat walaupun hanya sekecil zarah akan diperhitungkan...begitu juga sebaliknya jika amal perbuatan jahat juga akan diperhitungkannya....maka dalam pertubuhan kerabat jembal kelantan ini adalah tujuannya hanyalah satu iaitu menyatupadukan seluruh kerabat mengukuhkan pertalian saudara untuk anak2,cucu dan cicit..sepertimana ucapan YDP pada 3.4.2010 iaitu (kita perlu memikirkan apa sumbangan yang kita buat kepada pertubuhan bukannya apa yang kita dapat daripada pertubuhan) kerana pertubuhan ini hanyalah sebuah pertubuhan yang mengumpulkan semula kaum kerabat yang terpisah lama...disamping itu dapat mengenal antara satu dengan yang lain...

PROGRAM LAWATAN MAHABBAH PKRJK PUSAT


KETIBAAN ROMBONGAN DARIPADA PKRJK PUSAT TERDIRI YDP,SU AGONG DAN AJK PUSAT BESERTA DGN ROMBONGAN DRPD PKRJK TERENGGANU...KETIBAAN PADA PUKUL 1.30 PETANG....SERAMAI 10 BUAH KERETA TELAH MENYERTAI ROMBONGAN TERSEBUT...

Ahad, 31 Januari 2010

30HB JAN 2010 LAWATAN MUHIBBAH DI SITIAWAN


Perbincangan dengan Raja Azmin Dan Tn Haji Mostafa daripada Wakil Sitiawan Di Rumah Raja Azian ( Batu 8 Lekir, Sitiawan)

Perbincangan dengan Raja Kamaruddin daripada Wakil Sitiawan( Di Taman Seri Wangi)

Salam
Pada Hari Sabtu 30hb Jan 2010 PKRJK PERAK telah membuat satu lawatan PKRJK PERAK di Sitiawan alhamdulillah galakan dan sambutan telah diberikan oleh kerabat yang berada disebelah perkampungan Di Sitiawan, Pada perancangan awal minit mesyuarat Bil.1/2010 yang telah dijalankan di Taiping oleh AJK bahawa lawatan tersebut akan disertai oleh semua AJK untuk membuat lawatan ini untuk mengeratkan silaturahim antara kerabat seluruh Perak. Rombongan berkumpul pada 8.00 pagi di rumah Pengerusi Raja Noor Bashah dan 9.00 pagi bertolak menuju ke sitiawan sebanyak 7 buah kenderaan antaranya AJK yang menyertainya ialah YM Raja Noor Bashah,Pn.Rosnah Bt Abidin,Raja Norazizah,En.Azizi,YM Raja Noor Ezreen,En.Ainul Hisham,En.Pirdaus,YM Raja Mohd Yusof,YM Raja Noor Elfiza,En.Shahili(Tidak Ikut Perbincangan). Pada lawatan tersebut kami telah ke Taman Seri Wangi rumah Raja Kamaruddin Raja Bahrain dan ke rumah Raja Azian Bt Raja Ayob di Kg.Pasir Pandak Batu 8,Lekir terima kasih kepada semua kerabat yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam lawatan ini yang bertujuan untuk mencari kerabat yang boleh mengaturkan program yang dijalankan pada 3hb-4hb April 2010 lawatan daripada PKRJK PUSAT dijangkakan dalam 30 orang terdiri daripada Kerabat PKRJK PUSAT. Dan alhamdulillah juga kami telah berjumpa dengan Raja Azmin dan Tuan Haji Mostafa yang telah memberikan kerjasama dalam lawatan tersebut dan secara tidak langsung banyak cerita yang diketahui daripada salah silah Kerabat Di Sitiawan,Perak. Setelah program tersebut habis lebih kurang dalam jam 5.30 petang kami pun bertolak balik ke Ipoh.