IKLAN WELCOME

Isnin, 22 Mac 2010

Notis Kutipan Dana Ahli PKRJK Perak

Untuk Perhatian, Tarikh: 20 Mac 2010

Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak

Per : Notis Kutipan Dana Ahli PKRJK Perak

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua ahli dan AJK Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan cadangan Kutipan Dana Ahli bagi tabung Perhubungan PKRJK Negeri Perak.

2. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Kali Ke-II Perhubungan PKRJK Perak 2010 pada 20 Mac 2010, dimana semua AJK telah bersetuju untuk membuat kutipan Yuran Tahunan bagi Pusat sebanyak RM5.00 dan kutipan Yuran Tahunan sebanyak RM10.00 seorang (setiap ahli) dan Kutipan khas untuk menjalankan program aktiviti yang dijalankan iaitu sebanyak RM20.00 ahli dan bagi AJK pula sumbangan sebanyak RM50 sekeluarga dan sumbangan amat dialu-alukan daripada yang lain bagi menambah dana pertubuhan. AJK juga telah bersetuju untuk melantik YM Bendahari untuk bertindak sebagai wakil rujukan untuk sebarang pembayaran.


3. Sehubungan dengan itu, Patik bagi pihak AJK Perhubungan PKRJK Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah membuat sumbangan setakat ini, dan Patik juga memohon agar ahli-ahli yang belum menyumbangkan dana agar berbuat demikian demi untuk memenuhi ketetapan yang telah dibuat. Kutipan bermula dari bulan Mac 2010 dan tiada sebarang surat akan dihantar kepada mana-mana ahli, maka Ahli Jawatankuasa Perhubungan diminta untuk menyampaikan kepada semua ahli tentang perkara ini agar proses kutipan berjalan lancar dan lebih berkesan lagi.




AHLI PERAK

1 YM Raja Noor Bashah Bin Raja Mansor PK 0002 Pengerusi
2 YM Raja Mohd Yusof Bin Raja Hamid PK 0001 Timbalan Pengerusi
3 YM Tuan Ajelan Bin Tuan Abdullah Naib Pengerusi
4 En. Pirdaus Bin Hama PK 0018 Setiausaha
5 Pn. Rosnah Bt Abidin PK 0003 Bendahari
6 YM Raja Norzizah Bt Raja Mansor PK 0004 AJK
7 YM Raja Noor Ezreen Herlina Bt Raja Noor Bashah PK 0012 AJK
8 YM Raja Noor Elfiza Syahidah Bt Raja Noor Bashah PK 0014 AJK
9 YM Raja Noor Asyraf Bazli B Raja Noor Bashah PK 0013 AJK
10 YM Nik Mohd Zunaidi Bin Mat Yusuf 1060 AJK
11 YM Nik Ahmad Munir Bin Nik Ismail PK 0028 AJK
12 En. Shahili B Hassan PK 0007 AJK
13 En. Azizi B Mohd Yunus PK 0005 AJK
14 En. Ainul Hisham B Anuar PK 0017 AJK
15 Ym Raja Sarifah bt Raja Mansor PK 0010 AHLI
16 En Jamaluddin bin Abd Karim 0011 PK AHLI
17 Ym Raja Noor Eliza Syahfina bt Raja Noor Bashah 0014 PK AHLI
18 Hasnah bt Deli 0015 PK AHLI
19 Ym Raja Ridzuan bin Raja Mansor 0019 PK AHLI
20 Pn Zuriadah bt Mohmad 0020 PK AHLI
21 Ym Raja Nurul Nadiah bt Raja Ridzuan 0021 PK AHLI
22 Ym Raja Nurul Norhafiza bt Raja Ridzuan 0022 PK AHLI
23 Ym Raja Khairulizhar bin Raja Ridzuan 0023 PK AHLI
24 En Hamdan bin Musa 0024 PK AHLI
25 Pn Nor Azrina bt Azizi 0025 PK AHLI
26 Ym Nik Rosnilawati bt Mohd Nasir 0027 PK AHLI
27 Ym Raja Halimahtun Saadiah bt Raja Hamid 0029 PK AHLI
28 Pn Mazrina bt Pasimin 0031 PK AHLI
29 Ym Raja Azhar bin Raja Ayub 0032 PK AHLI
30 Ym Raja Mudzafar Shah bin Raja Abdullah Omar 0033 PK AHLI
31 En Muhammad Rezim bin Hamid 0034 PK AHLI
32 Ym Nik Wahab @ Wahab bin Ariffin 0035 PK AHLI
33 Ym Nik Jaafar @ Jaafar bin Mat Nor 0036 PK AHLI
34 YM Raja Sulaiman B Raja Hamid PK 0026 AJK
35 YM Raja Idris B Raja Hamid PK 0030 AJK
36 YM Raja Amran B Raja Mansor PK 0008 AJK
37 Pn. Nor Rohaizah Bt Azizi PK 0006 AJK
38 Pn. Kamisah Binti Abd Hamid PK 0009 AJK




Selasa, 9 Mac 2010

KEPADA SEMUA YM AJK YANG DIHORMATI PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT KALI II 2010 DI TUNDA PADA 20HB MAC 2010 ( WAKTU DAN MASA YANG SAMA CUMA PERUBAHAN TARIKH SAHAJA)


Sabtu, 6 Mac 2010

MESYUARAT KALI KE II 2010

Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak
Per :Notis Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak Kali Ke-II 2010

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua AJK Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan mesyuarat yang akan dijalankan seperti berikut;
Tarikh : 13 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 1.30 PM
Tempat : Di Setiawan
3. Patik berharap agar semua Ahli Jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang jitu kearah menjayakan mesyuarat kita pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Patik yang menjalankan tugas
Pirdaus Bin Hama
SU PERAK
http://supkrjkprk.blogspot.com/
http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=244446294699



Isnin, 1 Mac 2010

KOSMO


"SAYA tak kenal Cik Siti Wan Kembang tapi semangatnya ada dalam diri saya," kata Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan, Aishah Mahmood, saat diajak berbicara tentang Cik Siti Wan Kembang yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan.

Aishah, 61, yang merupakan usahawan laut dalam wanita pertama negara menyedari ada sedikit signifikan antara dirinya dengan Cik Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Kelantan dari tahun 1610 hingga 1677 itu. Semangat jagoan dan kepimpinan Cik Siti Wan Kembang yang mampu 'hidup tanpa lelaki' bagai ada persamaan dengan Aishah, ibu tunggal beranak lima ini.

"Semangat Cik Siti Wan Kembang kental sekali. Dialah perempuan, 'lelaki' dan hulubalang," ujar Tokoh Maal Hijrah Kelantan 2008 itu lagi yang merupakan wanita pertama di negeri itu yang dianugerahkan gelaran tersebut selepas 50 tahun kemerdekaan.

Kijang

Aishah menyifatkan Cik Siti Wan Kembang sebagai anugerah buat wanita Kelantan. Bunga semangatnya berkembang di sanubari wanita-wanita unggul di negeri itu, termasuk yang menerajui perusahaan dan keusahawanan.

Sememangnya, Cik Siti Wan Kembang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan keseluruhannya. Manakan tidak, Kelantan dan wanita itu begitu sinonim. Bahkan, anak kijang kesayangan Cik Siti Wan Kembang juga diabadikan pada jata negeri Kelantan

Aneh juga, sekian banyak raja lelaki yang pernah memerintah, mengapa nama raja perempuan itu yang sering meniti di bibir sehingga ke hari ini.

Ironinya, tidak ramai generasi baru yang benar-benar mengenali siapakah Cik Siti Wan Kembang.

Kerana misteri yang menyelubungi raja perempuan yang tidak pernah berkahwin itu, Jurnal cuba menyelak kembali lembaran sejarah penting itu.


MOKHTAR bergambar bersama potret lukisan asal Cik Siti Wan Kembang yang dihasilkan kira-kira tiga dekad lalu.


Menurut buku Detik-detik Sejarah Kelantan karangan Sa'ad Shukri Haji Muda, Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan bermula pada 1610 dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa di Ulu Kelantan (40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai).

Wanita itu merupakan anak kepada Sultan Ahmad (1548-1580M) dengan Che Banun atau Puteri Seri Nara Raja. Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, rakyat amat menyukainya dan kerajaannya begitu masyhur. Ramai pedagang termasuk orang-orang Arab berniaga di situ.

Nama asalnya ialah Wan Kembang namun pedagang Arab memanggilnya sebagai Paduka Che Siti. Siti merupakan panggilan tuan bagi perempuan. Ada juga yang menyifatkan wanita yang bergelar siti melambangkan seorang wanita yang kaya sifat kewanitaannya.

Cik Siti Wan Kembang banyak menerima pinangan namun baginda menolaknya kerana lebih suka hidup berseorangan. Bimbang penolakan itu mengundang murka, baginda berpindah ke Cherang Tegayong. Di sana, baginda membina tempat yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

Raja Jembal

Kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat. Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.

Raja Jembal mempunyai empat orang putera dan tiga orang puteri. Berasaskan salasilah, Sultan Kelantan sekarang, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal. Keturunan Raja Jembal juga diwarisi oleh mereka yang mempunyai gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin, 63, semasa beliau kecil, kisah tentang Cik Siti Wan Kembang cumalah cerita dari mulut ke mulut.

"Tapi kami percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong benar-benar wujud. Ia bukan cerita dongeng, atau legenda," katanya.


SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal.


Menurutnya, Cik Siti Wan Kembang digambarkan sebagai seorang yang jelita, perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama.

Cik Siti Wan Kembang berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur. Baginda telah bertemu seekor anak kijang yang sakit lalu dibela hingga sembuh serta menjadi binatang kesayangannya.

Norhamzah berkata, persatuannya juga percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan manusia terpilih yang dikurniakan keramat.

"Ada yang menceritakan, Cik Siti Wan Kembang memeluk Islam apabila ajaran Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Sebab itulah namanya Wan Kembang, bukan Wan Fatimah atau Wan Aminah.

"Biasanya individu yang menerima Islam dengan sepenuh hati, tambahan pula dia merupakan seorang pemimpin, membawa hikmah yang besar.

Keramat

"Kami percaya wujudnya unsur luar biasa seperti karomah (keramat) pada insan tertentu dan ia bukan mitos," katanya.

Norhamzah menyifatkan ingatan berpanjangan terhadap wanita itu sehingga kini dan kehilangannya di Gunung Ayam yang dikatakan seperti ghaib sebagai antara ciri keramat.

Satu sumber dari catatan pengembara Islam, Ibnu Battutah menyebutkan terdapat seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan Cik Siti Wan Kembang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.

"Mungkin juga baginda tidak mahu berkahwin kerana mahu memberikan sepenuh jiwanya kepada Tuhan," kata Norhamzah yang melihat persamaan itu dengan wanita sufi, Rabiatul Adawiyah.

Raja Siam

Norhamzah berkata, ada juga pendapat yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan orang yang sama.

Ia mungkin kerana persamaan kedua-duanya dari segi perwatakan, unsur keramat serta hayat yang diketahui berakhir di Gunung Ayam.

Puteri Saadong dikatakan mewarisi sifat-sifat keramat ibu angkatnya. Diceritakan bahawa Raja Siam yang ingin mendekatinya ditumbuhi kudis sehingga hanya dapat disembuhkan dengan air telapak kaki Puteri Saadong.
JIWA kepimpinan wanita Kelantan kelihatan terserlah dalam menerajui bidang perniagaan.


Sumber daripada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Wan Jaafar Jusoh mengakui terdapat beberapa versi sejarah berkenaan Cik Siti Wan Kembang.

Bagaimanapun, Wan Jaafar menolak Cik Siti Wan Kembang ialah Urduga yang diceritakan Ibnu Battutah kerana peristiwa itu berlaku pada 1345, beratus-ratus tahun sebelum hayat Cik Siti Wan Kembang pada 1600-an.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm