IKLAN WELCOME

Memaparkan catatan dengan label NOTIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOTIS. Papar semua catatan

Isnin, 23 Ogos 2010

Notis Mesyuarat AJK Kali Pertama 2011-2012



Kepada, Tarikh: 19 Ramadhan 1431
23 Ogos 2010
Pengerusi Perhubungan & AJK PKRJK Negeri Perak
Per :Notis Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak Kali Ke-I AJK 2011-2012
Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua AJK Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan mesyuarat yang akan dijalankan seperti berikut;
Tarikh : 29 Ogos 2010 Bersamaan 19 Ramadhan 1431 (Sabtu)
Masa : 3.00 PM – 7.00 PM
Tempat : Restoran Teratap YM Nik Mohd Zunaidi (Tertakluk pada Perubahan)

2. Agenda Mesyuarat :
i) Perutusan Pengerusi
ii) Pengesahan Minit Mesyuarat
iii) Agenda Mesyuarat/Perkara-perkara Berbangkit
iv) Hal-hal Lain
v) Penutup
3. Patik berharap agar semua Ahli Jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang jitu kearah menjayakan mesyuarat kita pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Patik yang menjalankan tugas
Pirdaus Bin Hama
SU PERAK
http://supkrjkprk.blogspot.com/




Khamis, 22 Julai 2010

Notis Mesyuarat Tahunan Perhubungan PKRJK Perak Kali Kedua (2010)

Per : Notis Mesyuarat Tahunan Perhubungan PKRJK Perak Kali Kedua (2010)

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua AJK Dan Ahli Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan mesyuarat yang akan dijalankan seperti berikut;

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu) Bersamaan 26 Sya’ban 1431 H
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Sebaguna RPT Kg.Tawas Tambahan
Ipoh,Perak (Tertakluk Kepada Perubahan) (Hubungi YM Raja Noor Bashah : 0175002057 H/P,
Rumah 052921478)

2. Patik berharap agar semua YM AJK dapat memberikan kerjasama yang jitu kearah menjayakan mesyuarat kita pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Patik yang menjalankan tugas,

______________
Pirdaus Bin Hama
Setiausaha Perhubungan PKRJK Negeri Perak



Isnin, 22 Mac 2010

Notis Kutipan Dana Ahli PKRJK Perak

Untuk Perhatian, Tarikh: 20 Mac 2010

Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak

Per : Notis Kutipan Dana Ahli PKRJK Perak

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua ahli dan AJK Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan cadangan Kutipan Dana Ahli bagi tabung Perhubungan PKRJK Negeri Perak.

2. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Kali Ke-II Perhubungan PKRJK Perak 2010 pada 20 Mac 2010, dimana semua AJK telah bersetuju untuk membuat kutipan Yuran Tahunan bagi Pusat sebanyak RM5.00 dan kutipan Yuran Tahunan sebanyak RM10.00 seorang (setiap ahli) dan Kutipan khas untuk menjalankan program aktiviti yang dijalankan iaitu sebanyak RM20.00 ahli dan bagi AJK pula sumbangan sebanyak RM50 sekeluarga dan sumbangan amat dialu-alukan daripada yang lain bagi menambah dana pertubuhan. AJK juga telah bersetuju untuk melantik YM Bendahari untuk bertindak sebagai wakil rujukan untuk sebarang pembayaran.


3. Sehubungan dengan itu, Patik bagi pihak AJK Perhubungan PKRJK Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah membuat sumbangan setakat ini, dan Patik juga memohon agar ahli-ahli yang belum menyumbangkan dana agar berbuat demikian demi untuk memenuhi ketetapan yang telah dibuat. Kutipan bermula dari bulan Mac 2010 dan tiada sebarang surat akan dihantar kepada mana-mana ahli, maka Ahli Jawatankuasa Perhubungan diminta untuk menyampaikan kepada semua ahli tentang perkara ini agar proses kutipan berjalan lancar dan lebih berkesan lagi.




Isnin, 19 Oktober 2009

19 Okt 2009

KeMajlis, Tarikh: 19hb Oktober 2009
Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak
Per : Notis Penangguhan Program Riadah Di Teluk Senangin

Salam hormat, Patik dengan dukacitanya ingin membuat hebahan kepada semua AJK, Ahli dan kerabat Raja Jembal di Negeri Perak bahawa Program Penerangan & Riadah Kerabat PKRJK Perak pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) ditangguhkan disebabkan sambutan kurang merangsangkan dari semua ahli.

2. Oleh sebab itu,Patik berharap agar semua YM AJK dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Selain itu, tarikh program tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat AJK akan datang.

Sekian, terima kasih.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Patik yang menjalankan tugas,


______________
Pirdaus Bin Hama
Setiausaha Perhubungan PKRJK Negeri Perak

Jumaat, 11 September 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN & HEBAHAN

NOTIS PEMBERITAHUAN & HEBAHAN

Kepada, Tarikh: 8 September 2009
Semua Ahli / Kerabat Raja Jembal Negeri Perak,



Per : Cadangan Aktiviti Penerangan & Riadah Perhubungan PKRJK Perak

Salam hormat, Patik dengan sukacitanya ingin membuat hebahan kepada semua AJK, Ahli dan kerabat Raja Jembal di Negeri Perak bahawa satu cadangan telah dikemukakan dalam Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak baru-baru ini berkenaan dengan Program Penerangan & Riadah Kerabat PKRJK Perak. Mesyuarat telah memutuskan bahawa program tersebut akan diadakan seperti yang tertera dibawah;

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Pantai Teluk Senangin, Teluk Senangin, Perak
Masa : 10.00 pagi ~ 5.00 ptg (tertakluk kepada perubahan)

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli kerabat beramah mesra demi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, disamping menyampaikan maklumat terkini tentang perjalanan Perhubungan PKRJK Perak yang ditubuhkan semenjak 2007. Disamping itu, diharap ahli-ahli berpeluang untuk mendekatkan diri dengan kerabat yang jauh agar setiap aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan dapat disertai oleh semua ahli.

Sehubungan dengan itu, pihak Ahli Jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YM Raja/ Nik/ Tuan/ En. sekeluarga untuk turut serta memeriahkan program tersebut. Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menjayakan program ini demi penyatuan yang utuh dikalangan kita untuk masa hadapan. Pihak AJK amat berharap agar semua maklum balas disampaikan secepat mungkin bagi memudahkan perancangan. Perbincangan ringkas akan diadakan dari semasa ke semasa bermula pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Ahli kerabat dialu-alukan untuk turut serta memberi idea dan pandangan bagi menjayakan program ini. Sebarang maklumbalas dan idea boleh dihantar kepada AJK yang disenaraikan dibawah.

Nama AJK No Telefon
YM Tuan Ajelan Bin Tuan Abdullah (Ipoh) 019-547 5775
YM Nik Norazman Bin Ghazali (Taiping) 013-528 6388
YM Nik Ahmad Munir Bin Nik Ismail (T. Intan/Bidor) 016-445 5715
YM En. Pirdaus Bin Hama (S/U Perhub. Perak) 017-503 5055

Bagi memastikan program ini dijalankan tanpa kelemahan dari segi kewangan, AJK dengan rendah diri ingin memohon sedikit sumbangan dari semua ahli. Jumlah sumbangan ini akan diputuskan dalam perbincangan-perbincangan AJK yang akan datang. Diharap kita dapat mengumpulkan dana yang cukup selagi tidak membebankan semua ahli.

Sekian, harap maklum dan terima kasih. Kerabat Bersatu Teguh. Patik mewakili semua AJK Perhubungan mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas dari,


SHAHILI BIN HASSAN
b/p Ahli Jawatankuasa Kerja, Perhubungan PKRJK Perak