IKLAN WELCOME

Rabu, 10 Februari 2010

PETA PERKAMPUNGAN KETURUNAN PKRJK PERAK DI LEKIR,SETIAWAN,PERAK

KEDUDUKAN DIMANA PERKAMPUNGAN ASAL KETURUNAN PKRJK JEMBAL MENETAP MENURUT CERITA DARIPADA ORANG-ORANG DAHULU.
KEDUDUKAN LONG : 100°43'14.82"E LAT : 4° 8'36.18"N, JIKA ANDA MENCARI MENGGUNAKKAN GOOGLE EARTH YANG BOLEH DOWNLOAD FREE DI INTERNET...



Selasa, 2 Februari 2010

2hb FEB 2010 AWAS PENGGUNA LOGO KENDERAAN

Salam
Awasi kepada pengguna Logo pada kenderaan anda pastikan tidak disalah gunakan yang melibatkan penggunaan dadah dan jenayah rompak.PKRJK boleh ambil tindakan saman menjatuhkan maruah mertabat raja jembal khasnya dan intitusi raja amnya.pesanan SU PUSAT PKRJK


Ahad, 31 Januari 2010

30HB JAN 2010 LAWATAN MUHIBBAH DI SITIAWAN


Perbincangan dengan Raja Azmin Dan Tn Haji Mostafa daripada Wakil Sitiawan Di Rumah Raja Azian ( Batu 8 Lekir, Sitiawan)

Perbincangan dengan Raja Kamaruddin daripada Wakil Sitiawan( Di Taman Seri Wangi)

Salam
Pada Hari Sabtu 30hb Jan 2010 PKRJK PERAK telah membuat satu lawatan PKRJK PERAK di Sitiawan alhamdulillah galakan dan sambutan telah diberikan oleh kerabat yang berada disebelah perkampungan Di Sitiawan, Pada perancangan awal minit mesyuarat Bil.1/2010 yang telah dijalankan di Taiping oleh AJK bahawa lawatan tersebut akan disertai oleh semua AJK untuk membuat lawatan ini untuk mengeratkan silaturahim antara kerabat seluruh Perak. Rombongan berkumpul pada 8.00 pagi di rumah Pengerusi Raja Noor Bashah dan 9.00 pagi bertolak menuju ke sitiawan sebanyak 7 buah kenderaan antaranya AJK yang menyertainya ialah YM Raja Noor Bashah,Pn.Rosnah Bt Abidin,Raja Norazizah,En.Azizi,YM Raja Noor Ezreen,En.Ainul Hisham,En.Pirdaus,YM Raja Mohd Yusof,YM Raja Noor Elfiza,En.Shahili(Tidak Ikut Perbincangan). Pada lawatan tersebut kami telah ke Taman Seri Wangi rumah Raja Kamaruddin Raja Bahrain dan ke rumah Raja Azian Bt Raja Ayob di Kg.Pasir Pandak Batu 8,Lekir terima kasih kepada semua kerabat yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam lawatan ini yang bertujuan untuk mencari kerabat yang boleh mengaturkan program yang dijalankan pada 3hb-4hb April 2010 lawatan daripada PKRJK PUSAT dijangkakan dalam 30 orang terdiri daripada Kerabat PKRJK PUSAT. Dan alhamdulillah juga kami telah berjumpa dengan Raja Azmin dan Tuan Haji Mostafa yang telah memberikan kerjasama dalam lawatan tersebut dan secara tidak langsung banyak cerita yang diketahui daripada salah silah Kerabat Di Sitiawan,Perak. Setelah program tersebut habis lebih kurang dalam jam 5.30 petang kami pun bertolak balik ke Ipoh.







Isnin, 18 Januari 2010

PROGRAM LAWATAN MAHABAH UKHWAH SILATULRAHIM OLEH YDP DAN PARA AJK BERKELUARGA KE NEGERI KEDAH DARULAMAN DAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PADA 2HB APRIL 2010 HINGGA 4HB APRIL 2010.

NOTIS MESYUARAT 1 2010

Kepada, Tarikh: 2 Januari 2010/16 Muharram 1431
Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak
Per :Notis Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak Kali Ke-I 2010

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua AJK Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan mesyuarat yang akan dijalankan seperti berikut;

Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Akan Diberitahu Kemudian

3. Patik berharap agar semua Ahli Jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang jitu kearah menjayakan mesyuarat kita pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Patik yang menjalankan tugas,


Pirdaus Bin Hama
SU PERAK




Salam
Mesyuarat I 2010
ada beberapa agenda yang sedang disusun bagi melaksanakan lawatan muhibbah daripada PKRJK PUSAT pada 2-4hb April 2010....sesiapa AJK dan ahli PKRJK PERAK bolehlah klik link dibawah ini menyertai Facebook PKRJK PERAK
http://www.facebook.com//photo.php?pid=30469598&id=1400658934#/group.php?gid=244446294699&ref=mf

Sabtu, 2 Januari 2010

2.4.2010

LAWATAN MAHABAH OLEH PENGERUSI, PEGAWAI DAN AJK PKRJK PUSAT
...
Saturday, 2 January 2010 1:26:54
From:
Hj Tg Mohd Nor Tengku Hamzah
...
To: Anizat Ahmad ; pheliza 820213
1. Mengikut keputusan mesyuarat AJK peringkat Pusat, berikut adalah tarikh Lawatan Mahabah oleh Pengerusi dan AJK PKRJK Pusat ke negeri negeri yang telah ditetapkan:
a. Pada 2hb April 2010 Hari Jumaat Jangka bergerak daripada Kelanta ke Kedah mungkin Petang Khamis atau Pagi Jumaat. Dijangka semua
AJK berkeluarga akan tiba dalam statistik lebih urang 30 orang (5 buah kenderaan). Untuk SU Kedah sila buat program lawatan khas dengan
membawa pelawat2 ke Destinasi yang menunjukkan sejarah atau ke kampung halaman yang mempunyai ramai zuriat keturunan Raja Jembal.

b. Pada Hari Ahad 4hb Febuari Rombongan akan bergerak ke Negeri Perak untuk berjumpa dengankaum kerabat Raja Jembal dinegeri Perak
DarulRidzuan. Untuk SU Perak sila aturkan Program Lawatan. Selesai Lawatan dan Perjumpaan Mahabbah Silatulrahim, Rombongan akan balek
ke Negeri Kelantan Darul Naim. Semasa lawatan hendaklah mempunyai Program yang diatur sendiri oleh Negeri Perak dan kalau boleh
Romongan kan membuat lawatan ke Perkampungan yang mempunyai ramai Zuriat keturunan Raja Jembal seumpama di Setiawan.

Sekian terima kasih.







Isnin, 30 November 2009

29 NOVEMBER 2009 (12 ZULHIJJAH 1430)

n


JEMPUTAN DARIPADA PKRJK KEDAH KEMAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA EIDUL ADHA PKRJK KEDAH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG TEROI YAN,KEDAH
TURUT HADIR BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG PKRJK PUSAT KELANTAN (YM TG MOHD NOR HAMZAH),
PENGERUSI PERHUBUNGAN KEDAH (YM Raja Hj Md Rejab Bin Nik Mat)
PENGERUSI PERHUBUNGAN PERAK (YM Raja Noor Bashah Raja Mansor)

Alhamdulillah majlis ini dimulakan pada pukul 2.30 petang, terima kasih kepada semua warga pkrjk perhubungan kedah kerana telah menyambut kami daripada perak hubungan seperti inilah yang patut eratkan supaya hubungan akan berkekalan dan berkembang diseluruh pelusuk malaysia. Dalam ucapan ym tengku hamzah bahawa rombongan daripada kelantan tidak dapat menghadirkan diri di saat akhirnya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. selain itu juga ym tengku hamzah menyentuh tentang penubuhan wisma pkrjk dalam usaha untuk mewujudkannya dengan kerjasama semua warga pkrjk seluruh malaysia.




Sabtu, 28 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Daripada patik sekeluarga

29.11.09

SMS Dari C BOX S/U Perhubungan Kedah: Untuk makluman Kaum Kerabat, dimaklumkan bahawa isteri kepada YM Raja Othman Bin Raja Mahmud telah kembali keramatullah pada petang ini. al-Fatihah

29.11.09

S/U Perhubungan Kedah: Untuk makluman Kaum Kerabat, dimaklumkan bahawa isteri kepada YM Raja Othman Bin Raja Mahmud telah kembali keramatullah pada petang ini. al-Fatihah