IKLAN WELCOME

Selasa, 9 Mac 2010

KEPADA SEMUA YM AJK YANG DIHORMATI PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT KALI II 2010 DI TUNDA PADA 20HB MAC 2010 ( WAKTU DAN MASA YANG SAMA CUMA PERUBAHAN TARIKH SAHAJA)


Sabtu, 6 Mac 2010

MESYUARAT KALI KE II 2010

Semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKRJK Negeri Perak
Per :Notis Mesyuarat AJK Perhubungan PKRJK Perak Kali Ke-II 2010

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini Patik ingin meminta perhatian dan kerjasama dari semua AJK Perhubungan PKRJK Negeri Perak berhubung dengan mesyuarat yang akan dijalankan seperti berikut;
Tarikh : 13 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 1.30 PM
Tempat : Di Setiawan
3. Patik berharap agar semua Ahli Jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang jitu kearah menjayakan mesyuarat kita pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Patik yang menjalankan tugas
Pirdaus Bin Hama
SU PERAK
http://supkrjkprk.blogspot.com/
http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=244446294699



Isnin, 1 Mac 2010

KOSMO


"SAYA tak kenal Cik Siti Wan Kembang tapi semangatnya ada dalam diri saya," kata Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan, Aishah Mahmood, saat diajak berbicara tentang Cik Siti Wan Kembang yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan.

Aishah, 61, yang merupakan usahawan laut dalam wanita pertama negara menyedari ada sedikit signifikan antara dirinya dengan Cik Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Kelantan dari tahun 1610 hingga 1677 itu. Semangat jagoan dan kepimpinan Cik Siti Wan Kembang yang mampu 'hidup tanpa lelaki' bagai ada persamaan dengan Aishah, ibu tunggal beranak lima ini.

"Semangat Cik Siti Wan Kembang kental sekali. Dialah perempuan, 'lelaki' dan hulubalang," ujar Tokoh Maal Hijrah Kelantan 2008 itu lagi yang merupakan wanita pertama di negeri itu yang dianugerahkan gelaran tersebut selepas 50 tahun kemerdekaan.

Kijang

Aishah menyifatkan Cik Siti Wan Kembang sebagai anugerah buat wanita Kelantan. Bunga semangatnya berkembang di sanubari wanita-wanita unggul di negeri itu, termasuk yang menerajui perusahaan dan keusahawanan.

Sememangnya, Cik Siti Wan Kembang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan keseluruhannya. Manakan tidak, Kelantan dan wanita itu begitu sinonim. Bahkan, anak kijang kesayangan Cik Siti Wan Kembang juga diabadikan pada jata negeri Kelantan

Aneh juga, sekian banyak raja lelaki yang pernah memerintah, mengapa nama raja perempuan itu yang sering meniti di bibir sehingga ke hari ini.

Ironinya, tidak ramai generasi baru yang benar-benar mengenali siapakah Cik Siti Wan Kembang.

Kerana misteri yang menyelubungi raja perempuan yang tidak pernah berkahwin itu, Jurnal cuba menyelak kembali lembaran sejarah penting itu.


MOKHTAR bergambar bersama potret lukisan asal Cik Siti Wan Kembang yang dihasilkan kira-kira tiga dekad lalu.


Menurut buku Detik-detik Sejarah Kelantan karangan Sa'ad Shukri Haji Muda, Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan bermula pada 1610 dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa di Ulu Kelantan (40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai).

Wanita itu merupakan anak kepada Sultan Ahmad (1548-1580M) dengan Che Banun atau Puteri Seri Nara Raja. Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, rakyat amat menyukainya dan kerajaannya begitu masyhur. Ramai pedagang termasuk orang-orang Arab berniaga di situ.

Nama asalnya ialah Wan Kembang namun pedagang Arab memanggilnya sebagai Paduka Che Siti. Siti merupakan panggilan tuan bagi perempuan. Ada juga yang menyifatkan wanita yang bergelar siti melambangkan seorang wanita yang kaya sifat kewanitaannya.

Cik Siti Wan Kembang banyak menerima pinangan namun baginda menolaknya kerana lebih suka hidup berseorangan. Bimbang penolakan itu mengundang murka, baginda berpindah ke Cherang Tegayong. Di sana, baginda membina tempat yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

Raja Jembal

Kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat. Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.

Raja Jembal mempunyai empat orang putera dan tiga orang puteri. Berasaskan salasilah, Sultan Kelantan sekarang, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal. Keturunan Raja Jembal juga diwarisi oleh mereka yang mempunyai gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin, 63, semasa beliau kecil, kisah tentang Cik Siti Wan Kembang cumalah cerita dari mulut ke mulut.

"Tapi kami percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong benar-benar wujud. Ia bukan cerita dongeng, atau legenda," katanya.


SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal.


Menurutnya, Cik Siti Wan Kembang digambarkan sebagai seorang yang jelita, perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama.

Cik Siti Wan Kembang berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur. Baginda telah bertemu seekor anak kijang yang sakit lalu dibela hingga sembuh serta menjadi binatang kesayangannya.

Norhamzah berkata, persatuannya juga percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan manusia terpilih yang dikurniakan keramat.

"Ada yang menceritakan, Cik Siti Wan Kembang memeluk Islam apabila ajaran Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Sebab itulah namanya Wan Kembang, bukan Wan Fatimah atau Wan Aminah.

"Biasanya individu yang menerima Islam dengan sepenuh hati, tambahan pula dia merupakan seorang pemimpin, membawa hikmah yang besar.

Keramat

"Kami percaya wujudnya unsur luar biasa seperti karomah (keramat) pada insan tertentu dan ia bukan mitos," katanya.

Norhamzah menyifatkan ingatan berpanjangan terhadap wanita itu sehingga kini dan kehilangannya di Gunung Ayam yang dikatakan seperti ghaib sebagai antara ciri keramat.

Satu sumber dari catatan pengembara Islam, Ibnu Battutah menyebutkan terdapat seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan Cik Siti Wan Kembang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.

"Mungkin juga baginda tidak mahu berkahwin kerana mahu memberikan sepenuh jiwanya kepada Tuhan," kata Norhamzah yang melihat persamaan itu dengan wanita sufi, Rabiatul Adawiyah.

Raja Siam

Norhamzah berkata, ada juga pendapat yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan orang yang sama.

Ia mungkin kerana persamaan kedua-duanya dari segi perwatakan, unsur keramat serta hayat yang diketahui berakhir di Gunung Ayam.

Puteri Saadong dikatakan mewarisi sifat-sifat keramat ibu angkatnya. Diceritakan bahawa Raja Siam yang ingin mendekatinya ditumbuhi kudis sehingga hanya dapat disembuhkan dengan air telapak kaki Puteri Saadong.
JIWA kepimpinan wanita Kelantan kelihatan terserlah dalam menerajui bidang perniagaan.


Sumber daripada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Wan Jaafar Jusoh mengakui terdapat beberapa versi sejarah berkenaan Cik Siti Wan Kembang.

Bagaimanapun, Wan Jaafar menolak Cik Siti Wan Kembang ialah Urduga yang diceritakan Ibnu Battutah kerana peristiwa itu berlaku pada 1345, beratus-ratus tahun sebelum hayat Cik Siti Wan Kembang pada 1600-an.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm



Selasa, 23 Februari 2010

maklumat semua AJK PKRJK PERAK

PROGRAM LAWATAN MAHABAH UKHWAH SILATULRAHIM OLEH YDP DAN PARA AJK BERKELUARGA KE NEGERI KEDAH DARULAMAN DAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PADA 2HB APRIL 2010 HINGGA 4HB APRIL 2010.

Dengan hormatnya patik diarah merujuk kepada keputusan mesyuarat AJK Pusat pada 1hb. Jan 2010 mengenai perkara di atas.

1. Sehubungan itu, berikut adalah keputusan tarikh lawatan dan keberangkatan seperti berikut:

1.1. Lawatan Ke Negri Kedah Darul Aman –
Kami dijangka berangkat daripada Kota Bharu Kelantan pada Hari Jumaat
2hb April 2010 jam 9.00 pagi menuju ke Negeri Kedah Darul Aaman dan
Dijangka sampai kedestinasi pada jam 3ptg Insyallah. Seturusnya kami akan
mengikuti aturcara yang diaturkan oleh Negeri Kedah Darul Aman. Sedikit
taklimat mengenai perkembangan PKRJK Negeri Kedah diperlukan. Setelah
mendengar taklimat, kami berhasrat untuk melawat perkampungan yang
didapati ramai penduduk yang berketurunan Raja Jembal dalam Negeri
Kedah Darul Aman. Selesai lawatan dijangka pada 3HB.April 2010 kami akan
Berangkat ke Neger Perak Darul Ridzuan

1.2 Lawatan Ke Negri Perak Darul Ridzuan –
Pada hari Sabtu 3 April 2010 dijangka jam 9.00 pagi akan berangkat ke Negeri Perak Darul Ridzuan bagi mengikuti aturcara yang telah disusunatur. Kami juga berhasrt untuk mendengar taklimat mengenai perkembangan semasa PKRJK perhubungan negeri Perak Darul Ridzuan. Selesai taklimat kami akan melawat Perkampungan yang didapati banyak keturunan Raja Jembal yang akan dipandukan oleh PKRJK Perhubungan Negeri Perak Darul Ridzuan.


1.3. Pada 4 April 2010 Ahad kami dijangka berangkat balik ke Kota Jembal Kota Bharu Kelantan apabila selesai menghadiri aturcara yang telah diatur.


CADANGAN 1

DRAFT LANJUTAN DARI MESYUARAT AJK-1 (16 Jan 2010)

LAWATAN MUHIBAH ROMBONGAN JAWATANKUASA & AHLI PKRJK PUSAT KE NEGERI PERAK

Tentatif Perjalanan Rombongan pada Sabtu & Ahad, 3-4 April 2010

Sabtu, 3 April 2010

12.00 Tgh- 2.00 Ptg – Ketibaan Rombongan dari Kedah

Sambutan dibuat di Taiping. Rombongan akan terus dibawa ke tempat Penginapan untuk urusan persiapan ke Sitiawan.

(Santapan tengahari akan dibincangkan kemudian)

TINDAKAN

-Pengerusi

-Jawatankuasa Sambutan

-semua AJK

-semua ahli

3.00 Ptg – Rombongan Memulakan Perjalanan Ke Sitiawan.

Perjalanan dari Taiping ke Sitiawan dijangka mengambil masa purata 2 jam (maksimum). Namun begitu, rombongan dijadualkan singgah di Parit , Perak buat sementara waktu.

TINDAKAN

-Pengerusi

-Jawatankuasa Sambutan

-semua AJK

-semua ahli

4.00 Ptg – Rombongan Tiba di Daerah Parit, Perak

Rombongan akan dibawa melawat pusara Allahyarham Raja Merah di Parit sebelum meneruskan perjalanan ke Sitiawan.

TINDAKAN

-Pengerusi

-Jawatankuasa Sambutan

-semua AJK

-semua ahli

4.30 Ptg – Rombongan Meneruskan Perjalanan ke Sitiawan, Perak

Rombongan akan dibawa melawat ke kediaman kerabat yang bermastautin di daerah Manjung/Sitiawan. (keterangan terperinci akan dimasukkan kemudian spt nama wakil yang terlibat, jumlah rumah yang akan dilawati dan sebarang aktiviti lain yang mungkin dapat dijalankan sepanjang rombongan berada di Sitiawan).

Dijangkakan lawatan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga selepas waktu Maghrib di sini sebelum bertolak pulang ke tempat penginapan di Taiping.

(Santapan malam akan dibincangkan kemudian)

TINDAKAN

-Pengerusi

-Jawatankuasa Sambutan

-semua AJK

-semua ahli

9.00 Mlm – Rombongan Bertolak Pulang ke Taiping Golf Resorts.

Dijangka rombongan akan tiba di tempat penginapan lebih kurang pada jam 11.00 mlm

TINDAKAN

-Pengerusi

-Jawatankuasa Sambutan

-semua AJK

-semua ahli yang turut serta

Ahad , 4 April 2010

12.oo Tgh – Rombongan dijangka bertolak pulang ke Kelantan melalui Plaza Tol Taiping dan keluar di Tol Kuala Kangsar.

(Jika rombongan memutuskan untuk membuat lawatan ke Ipoh, maka rombongan akan dibawa ke kediaman Pengerusi PKRJK Perak)

TINDAKAN

-Pengerusi

-Jawatankuasa Sambutan

-semua AJK

-semua ahli yang turut serta

(Perbincangan terperinci berkenaan setiap agenda akan dibincangkan kemudian. Cadangan diatas hanyalah merupakan garis panduan awal berkenaan agenda secara kasar)

Cadangan ini adalah merupakan cadangan pertama (1) dan belum diputuskan oleh jemaah AJK. Cadangan ini disediakan oleh Shahili bagi memudahkan perbincangan selanjutnya dibuat. Harap semua AJK dapat membincangkan dengan lebih lanjut bagi memperkemaskan cadangan ini. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada persetujuan semua AJK.

Cadangan kedua (Cadangan 2) akan menyusul selepas ini. Saya hantar Cadangan 1 terlebih dahulu bagi memulakan perbincangan. AJK yang mempunyai cadangan atau pandangan amat dialu-alukan untuk menambah dihalaman bawah ini supaya senang dibincangkan kemudian. Sila jangan meminda pada bahagian isi cadangan diatas (biarkan original).

RUANGAN PINDAAN, KOMEN DAN CADANGAN OLEH AJK;

Mulakan komen anda disini :

Assalamualaikum , Saya Nik Taiping mencadangkan supaya rombongan dari Kedah terus ke (1) Sitiawan melalui keluar Tol Ckt Jering naik ke Pantai Remis ….sampai Sitiawan. Kemudian ke (2) Parit last sekali terus rehat malam / makan malam di (3) Taiping terus check-in . Disini cadangan saya dpt jimat masa iaitu JANGAN check in Taiping dulu nanti memakan masa …kalau perlu Ipoh masa lepas parit (tapi lepas Ipoh patah balik Taiping… ini juga rugi kos & masa ) atau pagi 4hb pergi Ipoh . Juga elok dan molek sekiranya Ipoh ada penginapan sesuai – rehat di Ipoh tak perlu patah balik ,,,,maaf ayat bahasa tunggang terbalik, harap paham , tak paham miss call saya saya call back

SU - salam
saya setuju dengan YM Nik Azman kita bawa terus ker setiawan tetapi kita akan sambut dekat taiping lepas tu teruskan perjalanan ker setiawan...lepas jumpa dgn kerabat di setiawan kita terus ker penginapan Bukit Jana tu...agar dapat rombongan dr Kedah berehat....


SU PKRJK :Daripada surat SU Agong ini kita perlu menyediakan semua draf aturcara program seperti minit mesyuarat sebelum ini....ada perpindahan menganai aturcara tersebut kita akan bincangkan dlm mesyuarat di setiawan nanti....



Jumaat, 12 Februari 2010

PERINGATAN KEPADA KERABAT PKRJK PERAK

PKRJK D'sinar Harian: Jangan salah guna lambang PKRJK

KOTA BHARU :– :Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) memberi peringatan kepada individu berkenaan yang memiliki lambang/logo kerabat diraja supaya tidak menyalahgunakannya. :Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Nor Hamzah berkata, peringatan berkenaan diberikan supaya semua pemilik yang berdaftar tidak menggunakan lambang yang diletakkan pada kenderaan mereka sebagai pelindung dalam melakukan sesuatu. :Menurutnya, amaran tegas berkenaan dinyatakan berikutan terdapat kejadian yang berlaku di Pahang baru-baru ini iaitu pihak polis menahan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kereta mempunyai lambang kerabat diraja. :“Kami ingin memberi amaran keras kepada ahli-ahli sah ini supaya tidak sekali-kali merasakan lambang ini dapat melindungi diri dan melepaskan setiap kesalahan yang individu lakukan. :“Sepatutnya mereka menjaga nama baik pertubuhan dan bagi saya setiap kesalahan yang dilakukan adalah atas kesilapan individu serta kita tidak akan bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian semalam. :Tengku Mohamad berkata, pemilikan logo berkenaan adalah dikawal sepenuhnya dan mempunyai nombor siri tertentu. :Menurutnya, bagi keahlian pertubuhan bagi keempat-empat negeri ialah melebihi 2,000 dan hanya 500 ahli sahaja yang memiliki lambang berkenaan. :PKRJK didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Julai 1992.

PEGAWAI YANG DILANTIK DI PERAK ADALAH
1.YM RAJA NOOR BASHAH
2.EN.AZIZI